Alhamdulillah dan terima kasih kepada Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah yang telah sudi menjemput saya selaku aktivis Aqsa Syarif untuk menyampaikan ceramah Palestin di sekolah mereka pada 1 Julai 2010 yang lalu.
Dalam program tersebut hampir 100 orang pelajar tingkatan 5 telah diberi peluang untuk mendengar dan berkongsi maklumat. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang menjadi agenda sekolah dalam memberi kesedaran dan meningkatkan motivasi pelajar di sekolah tersebut. Saya bagi pihak Aqsa Syarif mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian sekolah untuk menjemput kami bagi mengongsikan keperitan dan kezaliman zionis di bumi Palestin.
Harap kami semoga kesedaran ini akan meningkatkan keazaman bangsa Malaysia untuk terus menolak kezaliman dan menyokong kepada pembebasan Palestin.
No comments:
Post a Comment